Salam dan hi kepada anda semua
Lama sudah rasanya saya tidak menulis diruangan ini. Diharap anda sihat-sihat hendaknya dan sukses selalu. Cucian Linen Hospital merupakan satu cabang kepada Perkhidmatan Dobi. Cucian Linen Hospital boleh dikategorikan Perkhidmatan Dobi yang paling lumayan dan senang untuk anda usahakannya jika anda tahu caranya.
Sebenarnya saya telah pun mencuci tangan daripada mengusahakan Perkhidmatan Cucian Linen Hospital. Bagaimanapun baru-baru ini beberapa hari menjelang Aidilfitri. Saya telah menerima tawaran untuk membantu rakan saya yang baru berjinak di dalam cucian linen komersil dan berpeluang mengendalikan cucian linen Hospital dengan kapasiti cucian 1 Tan - 3 Tan sehari. Wahh besar bukan "load" yang diperolehi ini. Bagaimanapun bagi saya "load" ini tidak lah banyak mana dan masih boleh dikendalikan setiap hari dengan senyuman.
Pokok pangkalnya adalah SISTEM yang
betul. Bagaimana mendapatkan SISTEM yang betul? Anda boleh mendapatnya melalui "Pengalaman" iaitu mereka yang telah berpengalaman melalui proses ini dan dan mengendalikan dengan jayanya.
Justeru saya menerima tawaran ini dengan senang hati dan mengenakan bayaran Yuran Rundingan Professional. Dimana skop kerja yang akan dijalankan adalah "Memberikan Garis Panduan Terbaik
Dalam Pengurusan Cucian Linen Hospital Pada Kos Terendah dan Pengeluaran Harian Cucian Linen Yang Optimum". Selain daripada itu perkara -perkara berikut juga akan di beri penekanan di peringkat awal :-
** Capital Expenditure
** Operational Expenditure
** Senarai Mesin Cucian Yang Bersesuain Mengikut Kapasiti Anda
** Sistem Cucian Linen Yang berkesan - Kos Terendah pada Pengeluaran Optimum
** Tatacara Pengendalian Cucian Linen Hospital - Langkah-Langkah keselamatan Pekerja dan Operasi Cucian
** Latihan kakitangan Operasi
***Justeru kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan CUCIAN LINEN HOSPITAL. Anda dipelawa untuk turut serta menjalani latihan praktikal dan taklimat yang berkaitan. Anda akan dibawa ke lokasi Operasi Cucian Linen di adakan. Latihan ini diberikan terus secara teori dan praktikal di "Site".
PERHATIAN : KURSUS ini di buka kepada mereka yang berminat sahaja dan bayaran Perkhidmatan Perundingan akan dikenakan kepada anda sebanyak RM250.00 seorang untuk Kursus Pengenalan Pengendalian Cucian Linen Hospital / Komersil selama 1 Hari. Masa Kursus : pukul 9.00 pagi ke pukul 6.00 petang. Lokasi : Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur.
Anda boleh menghantar email kepada saya di alamat berikut : kuzaifah77@gmail.com
NOTA : Kursus yang dianjurkan ini tidak diwar-warkan sangat. Saya berminat menganjurkannya sempena Perkhidmatan Perundingan Cucian Linen yang sedang saya jalankan pada masa ini.
Terima kasih
salam encik sya bercdg ingin memulakn perniagaan bisnes dobi cucian linen hospital..blh bg tips mcm mna nk start perniagaan ni.. hrp encik dpt kongsi serba sedikit tips..
ReplyDelete