Tuesday, 9 September 2014

SETUP DOBI CUCIAN LINEN KOMERSIL BERSAIZ SEDERHANA

Salam & bertemu lagi.

Lokasi  Cucian Komersil Terbaru Yang Sedang  Diusahakan
Baru-baru ini saya telah membantu seorang teman setup "plant" untuk kapasiti Cucian Linen Komersil. Persoalannya di sini ialah :- 
i) Apakah Cucian Linen Komersil 
ii) Apakah definisi atau maksud sebuah "setup" yang sempurna untuk Cucian Linen Komersil bersaiz sederhana?

Cucian Linen Komersil adalah cucian linen  dengan volume cucian bersaiz sederhana dan besar. Sekurang-kurangnya melebihi 1 tan cucian setiap hari. Justeru jenis mesin dobi yang diperlukan juga adalah berbeza dengan mesin cucian harian biasa. Dimana yang diperlukan mestilah mesin Cucian Industri berkapasiti tinggi, besar, kuat, tahan lasak dan tidak mudah mengalami kerosakan. Agar volume cucian yang tinggi dapat disiapkan dalam tempoh masa paling efisyen setiap hari. Jika tidak sudah pasti akan  mengganggu perjalanan operasi harian apabila pengeluaran Optimum tidak dapat dicapai kerana kegagalan fungsi mesin dan breakdown. Tu belum masuk bab human error dan SOP error lagi. Justeru sebarang masalah yang telah dikenalpasti dari awal perlu diselesaikan segera. Agar flow kerja harian sentiasa lancar dan calkulator untuk invois juga lancar hihi


Untuk Cucian Linen bersaiz sederhana dengan anggaran cucian harian sekitar 1tan - 3tan sehari. Justeru mesin-mesin yang tepat dan susunatur yang bersesuaian amat diperlukan dalam hal ini. Cucian harian yang tinggi memerlukan "support" dari peringkat awal semasa anda merancang "setup" yang bersesuaian. Benarlah kata pujangga "Jika anda gagal merancang anda sebenarnya merancang untuk gagal". Justeru rancangan yang baik dan sempurna sangat diperlukan. Anda juga boleh malantik Consultan atau penasihat Dobi yang berpengalaman di pasaran untuk membantu anda. Jika anda mempunyai "Budget" Lebih elok jika anda mengeluarkan sedikit kos anda dan mendapat nasihat daripada mereka yang berpengalaman dan telah terbukti dibidang ini. Berbanding anda redah sahaja atau cuba-cuba. Saya yakin banyak hidden Kos yang anda boleh selamatkan dengan melantik consultant berpengalaman membantu anda :) 
50% Progress Kerja Telah Disiapkan

Berbalik kepada poin di atas. Apakah Setup yang sempurna kepada pengusaha Dobi Komersil? Setup yang sempurna adalah apabila sesebuah "plant" cucian komersil bersedia dari segi kapasiti mesin untuk cucian bersaiz sederhana pada bila-bila masa sahaja. Antara mesin-mesin utama yang diperlukan adalah seperti berikut :



i) Washer Extractor 50KG      2 Unit
ii) Washer Extractor 80KG     1 Unit
iii) Dryer 50KG                       3 Unit
iv) Dryer 100KG                     2 Unit
v) Flatwork Iron  10 feet         1 Unit
vi) Tangki Air                         1 Unit
vii) Lori 3 Tan                         1 Unit

Deretan BLANKET Hospital yang siap dicuci

Senarai mesin ini hanyalah cadangan. Anda boleh juga mengurangkan jumlah mesin ini mengikut budget anda. Bagaimana pun bagi setiap mesin yang kurang bermakna anda perlu menambah kakitangan bagi menampung kekurangan berkenaan. Jika mesin yang digunakan mencukupi. Kerja dapat disiapkan dalam tempoh lebih singkat. Kadar kecekapan dapat ditingkatkan dan banyak kos operasi dapat dikurangkan terutama KOS BERUBAH. Mesin-mesin ini juga tidak perlu bekerja lebih masa sehingga meningkatkan Kos baikpulih dan Kadar Usage juga tinggi.

Justeru kepada mereka yang merancang untuk setup Dobi Cucian Linen untuk komersil. Pastikan perkiraan anda betul di peringkat awal untuk mengelakkan anda menghadai lebih banyak masalah dipertengahan jalan semasa mengendalikan operasi cucian anda. Selamat maju jaya kepada anda.


Tuesday, 26 August 2014

PENGENDALIAN LINEN HOSPITAL & ISU KESELAMATAN PEKERJA

PENCEMARAN LAUNDRY(LINEN)

Pencemaran Laundry seperti yang digariskan oleh Bloodborne Pathogen Standard mendefinisikan Seksyen (b) seperti berikut: Mana-mana Laundry(linen) yang bercampur dengan DARAH atau bahan-bahan berpotensi jangkitan adalah tercemar.


PUNCA DAN POTENSI BERLAKU PENCEMARAN

Linen Hospital adalah sangat terdedah kepada jangkitan daripada Pesakit. Hal ini akan menyebabkan linen-linen ini mudah menerima jangkitan kesan daripada kepelbagaian penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Justeru langkah-langkah berikut perlu diambil semasa mengendalikan Linen Hospital di Pusat Cucian. Antaranya adalah seperti berikut :-


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI :-


* Ambil langkah berhati-hati semasa PROSES PENGASINGAN linen dijalankan dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan seperti pemakaian penutup muka, penutup hidung, sarung tangan, kasut getah, pakaian yang dikhaskan dan sebagainya.

* KAWASAN PENGASINGAN LINEN kotor hendaklah berada jauh, khas dan berasingan daripada KAWASAN MEMBASUH dan MELIPAT dijalankan.

* Sekiranya linen yag dipindahkan daripada Hospital ke tempat cucian di dapati basah atau lembab, linen-linen ini hendaklah ditempatkan di dalam bekas yang tidak bocor dan ditutup kemas rapat-rapat. Hal ini bagi mengawal gejala wabak penyakit yang boleh dipindahkan daripada kain kepada pekerja pengendalian linen seperti HEPATITIS yang merbahaya sekiranya ada.

* Pengendalian Linen Hospital ini juga hendaklah di asingkan mengikut KOD WARNA yang telah ditetapkan. KOD WARNA ini adalah menunjukkan tahap bahaya sesuatu linen dan perlu dikendalikan mengikut prosedur yang ketat dan berhati-hati.

Sunday, 10 August 2014

CUCIAN LINEN HOSPITAL

Salam dan hi kepada anda semua


Lama sudah rasanya saya tidak menulis diruangan ini. Diharap anda sihat-sihat hendaknya dan sukses selalu. Cucian Linen Hospital merupakan satu cabang kepada Perkhidmatan Dobi. Cucian Linen Hospital boleh dikategorikan Perkhidmatan Dobi yang paling lumayan dan senang untuk anda usahakannya jika anda tahu caranya.

Sebenarnya saya telah pun mencuci tangan daripada mengusahakan Perkhidmatan Cucian Linen Hospital. Bagaimanapun baru-baru ini beberapa hari menjelang Aidilfitri. Saya telah menerima tawaran untuk membantu rakan saya yang baru berjinak di dalam cucian linen komersil dan berpeluang mengendalikan cucian linen Hospital dengan kapasiti cucian 1 Tan - 3 Tan sehari. Wahh besar bukan "load" yang diperolehi ini. Bagaimanapun bagi saya "load" ini tidak lah banyak mana dan masih boleh dikendalikan setiap hari dengan senyuman.

Pokok pangkalnya adalah SISTEM yang
betul. Bagaimana mendapatkan SISTEM yang betul? Anda boleh mendapatnya melalui "Pengalaman" iaitu mereka yang telah berpengalaman melalui proses ini dan dan mengendalikan dengan jayanya.

Justeru saya menerima tawaran ini dengan senang hati dan mengenakan bayaran Yuran Rundingan Professional. Dimana skop kerja yang akan dijalankan adalah "Memberikan Garis Panduan Terbaik
Dalam Pengurusan Cucian Linen Hospital Pada Kos Terendah dan Pengeluaran Harian Cucian Linen Yang Optimum". Selain daripada itu perkara -perkara berikut juga akan di beri penekanan di peringkat awal :-

** Capital Expenditure
** Operational Expenditure
** Senarai Mesin Cucian Yang Bersesuain Mengikut Kapasiti Anda
** Sistem Cucian Linen Yang berkesan - Kos Terendah pada Pengeluaran Optimum
** Tatacara Pengendalian Cucian Linen Hospital - Langkah-Langkah keselamatan Pekerja dan Operasi Cucian
** Latihan kakitangan Operasi 

***Justeru kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan CUCIAN LINEN HOSPITAL. Anda dipelawa untuk turut serta menjalani latihan praktikal dan taklimat yang berkaitan. Anda akan dibawa ke lokasi Operasi Cucian Linen di adakan. Latihan ini diberikan terus secara teori dan praktikal di "Site".

PERHATIAN : KURSUS ini di buka kepada mereka yang berminat sahaja dan bayaran Perkhidmatan Perundingan akan dikenakan kepada anda sebanyak RM250.00 seorang untuk Kursus Pengenalan Pengendalian Cucian Linen Hospital / Komersil selama 1 Hari. Masa Kursus : pukul 9.00 pagi ke pukul 6.00 petang. Lokasi : Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur.

Anda boleh menghantar email kepada saya di alamat berikut : kuzaifah77@gmail.com

NOTA : Kursus yang dianjurkan ini tidak diwar-warkan sangat. Saya berminat menganjurkannya sempena Perkhidmatan Perundingan Cucian Linen yang sedang saya jalankan pada masa ini.

Terima kasih