Friday, 6 September 2013

BAGAIMANA SAYA TERLIBAT DI DALAM PERNIAGAAN DOBI

Salam dan hi..

BERSAMA MR. HO semasa melawat lokasi Kilang beliau di Boan Street

Selepas menamatkan pendidikan di peringkat Ijazah Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian di UKM. Saya telah bekerja makan gaji kira - kira 2 tahun sebelum terjun ke dunia "PERNIAGAAN". Pada peringkat awal segalanya nampak seperti berjalan lancar  namun akhirnya "ribut taufan" datang melanda. Maklumlah tiada PENGALAMAN dan ASAS pun sifar. Dalam keluarga tiada siapa yang berniaga maka tiada siapalah yang hendak mengajarkan bagaiamana "Melabur Seringgit Perlu Mendapat Semula Seringgit DUA PULUH SEN" atau lebih.


Mr. Tang Technition yang berpengalaman luas 
Selesai Lawatan Kilang Linen di  Zhuhai ke Pasar Seafood tidak jauh daripada Macau
Keadaan pada masa itu semakin hari semakin sulit sehinggakan pernah beberapa kali juga saya merasa makan tengahari hidangan roti canai yang dibayar dengan duit syiling :) Bila ASAS BISNIS tiada sudah tentu Perancangan Kewangan akan GAGAL. Tambahan lagi tiada JOB masuk ketika itu. Benarlah kata Sang Pujangga  "PERNIAGAAN BUKAN SENANG dan BUKAN SUSAH ASALKAN KENA CARANYA"

Daripada beberapa perniagaan yang sedang dijalankan pada masa itu saya akhirnya telah memilih DOBI untuk diberikan tumpuan secara KHUSUS.

Hal ini terjadi antaranya hasil daripada cetusan seorang tecnition berbangsa Cina AH TANG. Beliau ialah mekanik yang berniaga membaiki mesin - mesin DOBI daripada sekecil mesin hinggalah sebesar - besar Mesin. Segala ILMU MEKANIKAL, ELEKTRONIK @ ELEKTRIKAL mesin berada dalam kocek seluarnya. Usianya sudah melepasi 50an sudah agak berumur dan beliaulah merupakan tempat saya bertanya banyak perkara terutamanya tentang PERNIAGAAN. Alhamdulillah kami masih berkawan erat sehingga hari ini walaupun kadang - kadang isu politik tempatan mengganggu emosi :D.. Siapa yang tak sayang bangsa dan anak cucu sendiri kannn.. Antara kata - katanya yang masih saya ingat 


Bergambar di hadapan Kilang
" Ah Jai aaa lu tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa.. I mean bukan U tidak boleh. Tapi kalau U buat banyak kerja.. sana kerja sikit sini kerja sikit. U punya "HASIL" pun sana sikit sini sikit macamana U dapat "RASA".. Kalau U pilih satu BISNIS yang U buat betul - betul sampai semua benda U tau "DETAIL"... U pun boleh SUCCESS ma.. "

Persoalannya MENGAPA SAYA MEMILIH DOBI?? DAHLAH KURANG GLAMER.. kena cuci pakaian kotor pulak tuh.. Berbanding pilihan lain yang saya ada pada masa itu seperti PRINTING, LESEN KELAS F, TRADING etc.


Mesin Test dijalankan nonstop 24/7

Saya memilih DOBI kerana adanya ALIRAN TUNAI pada setiap hari. Cukup untuk saya kumpulkan semula tenaga, masa dan memulih semangat yang hampir hilang pada masa itu.

Alhamdulillah dengan berkat perniagaan Dobi secara kecil - kecilan dapatlah saya travel Ke China sebanyak 4 kali sepanjang tempoh berkenaan bagi pembelian dan pertambahan Mesin baru. Manakala "Pencapaian Terbaik" adalah menguruskan OPERASI CUCIAN LINEN HOSPITAL dengan kapasiti sebanyak 3 TAN setiap hari selama 3 tahun setengah. Terima kasih Allah di atas segala anugerah yang diberikan.

Sekarang saya tidak lagi menjalankan Operasi Dobi dan telah pun meninggalkan bidang ini kerana ada platform tempat berpijak yang lebih elok dan kukuh. Untuk masa depan yang lebih cemerlang beberapa peluang perniagaan baru sedang diceburi bersesuaian dengan pengalaman yang ada. Semoga terus Cemerlang Di Dunia dan Akhirat buat anda Semua.

~Bukan sekali jalan berduri, hanya Tuhan yang pasti mengerti
~NO PAIN NO GAIN

STRATEGI BISNIS DOBI: LOKASI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan


Melalui pengalaman yang saya perolehi di bidang ini selama beberapa tahun bertatih mengenal UNTUNG dan RUGI, RINGGIT dan SEN. Berikut adalah beberapa STRATEGI yang anda boleh "apply" kan asalkan bersesuaian dengan situasai semasa anda.

Antaranya adalah :


1. OPERASI DOBI DI CONDOMINIUM/ APARTMENT - Condominium adalah perkhidmatan hi-end. Biasanya Konsep Dobi lebih kepada DRY CLEANING, CUCIAN BASUH KERING dan MENGGOSOK pun di kira dengan harga perhelai. Lain - lain perkidmatan yang boleh ditawarkan bersama adalah CUCIAN KARPET, MENGEMAS RUMAH, MENCUCI RUMAH, UPHOLSTERY, MENGECAT, PINDAH RUMAH, CUCI SOFA etc. Pokok pangkalnya ialah RAJIN.


2. OPERASI DOBI  SHOPLOT - Kelebihan adalah anda boleh mendapatkan pelanggan yang ramai jika bersesuaian dengan tempat. Anda juga boleh memulakan CUCIAN KONTRAK dengan pelanggan - pelanggan Komersil seperti Pusat Kesihatan dan Spa, Hotel, Pejabat Korporat, Convention Centre, Kelab Golf dan sebagainya. Manakala Kelemahan operasi sepeti ini adalah Kadar sewa yang naik mendadak di sesetengah kawasan. Dalam Jangka panjang juga kadar sewa akan meningkat. Justeru kepada operator Dobi yang mempunyai Cashflow yang baik agar memilih untuk membeli Shoplot anda sendiri untuk perancangan jangka panjang yang lebih lancar : D


3. OPERASI DOBI DI DALAM SHOPPING COMPLEX dan RUANG PEJABAT - Ada KELEBIHAN dan KEKURANGAN bagi Operasi sebegini. Contoh : Rakan saya memperolehi pendapatan yang sangat lumayan apabila membuka Outlet di Menara Rebung TM di Pantai Dalam. Ramai kastemer terdiri daripada pekerja office yang menghantar cucian Dry Cleaning untuk Jacket Suit dan Baju Kurung pada setiap hari. Terdiri daripada staff bawahan sehinggalah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif. KELEMAHAN - Kenaikan kadar sewa, persaingan, perpindahan Staff dan sebagainya. 

Adalah disarankan bahawa selagi andan tidak memiliki outlet tetap untuk operasi jangka panjang anda. Perniagaan anda sebenarnya sangat tidak STABIL walaupun CASHFLOW anda setiap bulan mencecah hingga 5 @ 6 angka. 

Thursday, 22 August 2013

COIN OPERATED LAUNDRY


Bertemu lagi di ruangan terbaru ini


Sejak akhir ini INDUSTRI CUCIAN LINEN @ DOBI di Kuala Lumpur dan Selangor khasnya telah menerima impak baru dengan kehadiran "Outlet" COIN OPERATED LAUNDRY.

Beberapa tahun sebelum ini ada juga Dobi coin operated tetapi PRKHIDMATAN seperti ini hanya tertumpu di dalam Kampus sahaja. Bagaimanapun beberapa bulan kebelakangan ini PERKHIDMATAN COIN OPERATED telah bersaing di pasaran yang lebih terbuka dengan pembukaan Outlet -outlet di kawasan perumahan dan pejabat.



Pada dasarnya melalui PENGALAMAN dan PEMERHATIAN;  saya sebenarnya kurang berminat dengan operasi PERKHIDMATAN yang ditawarkan seperti ini di Malaysia. Saya lebih berminat dengan KONSEP MENCARI PELANGGAN seperti Kontrak Komersil Cucian Towel di Kelab Golf, Cucian Linen Hospital, Linen Korporat, Spa dan sebagainya berbanding MENUNGGU PELANGGAN DATANG. MENGAPA saya berkata sedemikian kepada PERKHIDMATAN DOBI LAYAN DIRI. Antara Sebabnya adalah seperti berikut :

1. Lebih mudah jika saya sebagai pelanggan menghantar terus ke Dobi yang boleh meyiapkan pakaian saya tanpa perlu menunggu lama. Hantar pagi ambil petang atau keesokkannya.

2. KONSEP LAYAN DIRI masih baru di kalangan pengguna di Malaysia. Ramai masih tunggu dan lihat dan sangat tidak sesuai kepapada pelanggan yang sentiasa sibuk.

3. Di Malaysia tidak berlaku masalah CUACA 4 musim yang menyukarkan pelanggan untuk menjemur pakaian. Jika hendak menunggu di outlet layan diri lebih elok jika anda menunggu cucian anda siap di basuh di rumah dengan sebuah mesin Automatik sambil membaca majalah dan menonton rancangan kesukaan anda bukan?

Bagaimanapun DOBI LAYAN DIRI bukan tidak boleh berjaya di Malaysia pada masa ini. Cuma memerlukan masa untuk mendidik Pengguna di  Segmen Pasaran seperti ini untuk lebih ramai.

Wassalam.


Pandangan ini lahir daripada pengalaman penulis. BENAR atau TIDAK terpulang kepada STRATEGI PERNIAGAAN yang hendak anda gunakan di dalan INDUSTRI CUCIAN LINEN DI MALAYSIA dewasa ini. Semoga terus sukses

Tuesday, 20 August 2013

PERNIAGAAN DOBI

Salam dan hi kepada anda semua

Modal Memulakan Perkhidmatan Dobi Adalah Besar

Adakah anda berminat menjalankan perniagaan dobi? Disini saya akan kongsikan pandangan dan pendapat saya tentang DOBI dan INDUSTRI CUCIAN LINEN DI MALAYSIA.

Melalui pengalaman yang telah diperolehi di bidang ini dapatlah saya berkongsi dengan anda tentang KOMEN  PENDAPAT dan PANDANGAN kritikal tentang PERNIAGAAN DOBI. Mudah - mudahan dengan sedikit info dan perkongsian ini dapatlah membantu anda merencanakan perniagaan anda dengan lebih lancar dan efektif.

ANTARA LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN DOBI YANG PERLU DIAMBIL KIRA ADALAH :


1. KEUPAYAAN DIRI

2. MENENTUKAN POTENSI PERNIAGAAN
3. JENIS/ BENTUK PERNIAGAAN
4. MENENTUKAN SUMBER KEPERLUAN
5. MODAL UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN DOBI
6. KADAR KEUNTUNGAN
7. MENGENAL PASTI PEMBEKAL BARANG DAN PERKHIDMATAN KEPERLUAN
8. KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN
9. MEMULAKAN PERNIAGAAN
10. PENGAWALAN DAN PENGAWASAN PERNIAGAAN

Semoga anda terus sukses *Agenda memandaikan bangsa :D